Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]
Soalan Lazim
Galeri
ZAKAT
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK) komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui zakat & wakaf bagi membantu anggotanya yang memerlukan.
CO-DIDIK mengamalkan sistem pengagihan zakat untuk membantu anggota yang kurang berkemampuan atau tergolong dalam golongan asnaf. Bantuan ini bertujuan untuk membantu anggota dalam aspek kebajikan, pendidikan, dan keperluan harian.
Permohonan ini layak bagi Murid / Pelajar asnaf yang dikesan, untuk anggota menaik taraf kehidupan serta kelangsungan hidup dengan bantuan zakat perniagaan dan juga bantuan peralatan seperti (kerusi, meja atau penghawa dingin) sekiranya anggota tersebut kurang berkemampuan disebabkan oleh penyakit atau keluarga yang besar.
PROSES MOHON BANTUAN ZAKAT
CONTOH BANTUAN
Contoh permohonan :
- Bantuan bagi murid asnaf
- Bantuan zakat perniagaan
- Bantuan peralatan (seperti kerusi, meja dan penghawa dingin)
PERMOHONAN
- Pemohon boleh menghantar surat rasmi melalui:
- aplikasi ‘Whatsapp’
- emel hradmin@codidik.com
Rujukan Menulis Surat Permohonan
PROSES
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan menentukan permohonan diluluskan atau ditolak. Tempoh proses bergantung kepada mesyuarat ahli lembaga dan tiada tempoh khusus.
KELULUSAN
Sebarang kelulusan atau penolakan akan dimaklumkan kepada pemohon. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi memudahkan proses permohonan.
WAKAF
CO-DIDIK juga menggalakkan sumbangan wakaf dalam kalangan anggota untuk tujuan kebajikan jangka panjang. Dana wakaf ini digunakan untuk membiayai pelbagai inisiatif seperti:
- Pembangunan fasiliti kesihatan
- Wakaf pendidikan
- Pembangunan komuniti
- Wakaf masjid & surau
CONTOH BANTUAN
Contoh permohonan :
- Bantuan bagi murid asnaf
- Bantuan zakat perniagaan
- Bantuan peralatan (seperti kerusi, meja dan penghawa dingin)
PERMOHONAN
- Pemohon boleh menghantar surat rasmi melalui:
- aplikasi ‘Whatsapp’
- emel hradmin@codidik.com
Rujukan Menulis Surat Permohonan
PROSES
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan menentukan permohonan diluluskan atau ditolak. Tempoh proses bergantung kepada mesyuarat ahli lembaga dan tiada tempoh khusus.
CARA MENYUMBANG
Cara Menyumbang Wakaf
- Anggota boleh menyumbang secara bulanan atau sekali bayar.
- Boleh dilakukan secara potongan gaji atau terus melalui koperasi.
- Sumbangan akan disalurkan kepada projek kebajikan yang dipilih oleh koperasi.
KELULUSAN
Sebarang kelulusan atau penolakan akan dimaklumkan kepada pemohon. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi memudahkan proses permohonan.








