Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]
Soalan Lazim
Galeri
PEMBIAYAAN MURABAHAH
Pembiayaan Murabahah merupakan salah satu kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK) kepada anggotanya.
Berasaskan konsep Murabahah di mana koperasi akan membeli sesuatu aset atau barangan bagi pihak anggota, kemudian menjualnya semula kepada anggota dengan harga kos ditambah keuntungan yang dipersetujui.
INFO TENTANG PEMBIAYAAN MURABAHAH
Ciri-ciri Pembiayaan Murabahah
- Patuh Syariah – Berasaskan kontrak Murabahah dan Tawarruq, bebas daripada unsur riba.
- Kadar Keuntungan Kompetitif – lebih rendah dan berpatutan berbanding institusi kewangan lain.
- Tempoh Pembayaran Fleksibel – Pilihan tempoh bayaran balik yang bersesuaian dengan keperluan anggota.
- Jumlah Pembiayaan Berpatutan – Jumlah pembiayaan yang ditawarkan mengikut kemampuan pemohon.
- Proses Permohonan Mudah & Pantas – Kelulusan lebih cepat bagi memudahkan anggota mendapatkan pembiayaan.
Syarat Kelayakan Pembiayaan Murabahah
- Pinjaman keatas barangan
- Tempoh bayaran balik tidak lebih dari 5 tahun
- Lengkapkan Borang + Sebut harga yang lengkap
Maklumat Pembiayaan
- Pembiayaan atas barangan
- Contoh: emas, perkakasan elektrik, komputer riba dll
- Sediakan sebut harga/invois bagi barangan tersebut
Proses
- Lengkapkan borang permohonan dengan jelas & tepat
- Borang permohonan boleh dihantar melalui
- aplikasi ‘Whatsapp’
- emel hradmin@codidik.com
Kelulusan
Sebarang kelulusan atau penolakan akan dimaklumkan kepada pemohon.
Cara Pembiayaan Murabahah Berfungsi
- Pemohon/ anggota menyenaraikan aset yang ingin dibeli (cth: Komputer, Peralatan Elektrik,dsb)
- Memilih kedai serta mendapatkan sebut harga dari pihak penjual
- Isi borang Permohonan Pembiayaan Tawarruq
- Menghantar kedua-dua dokument tersebut (Borang + Sebut harga) kepada pihak Koperasi untuk mendapat kelulusan.
- Pihak koperasi membuat bayaran kepad pihak penjual
- Pemohon / anggota boleh mendapatkan barang tersebut dari pihak penjual.
