Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]

Soalan Lazim

WhatsApp

Galeri

PEMBIAYAAN QARD

Pembiayaan Qard adalah satu bentuk pinjaman kebajikan yang ditawarkan oleh Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK) kepada anggotanya.

Berasaskan konsep Qard Hasan, di mana koperasi memberikan pinjaman kepada anggota tanpa faedah atau keuntungan dan hanya memerlukan bayaran balik jumlah yang dipinjam dalam tempoh yang dipersetujui.

INFO TENTANG PEMBIAYAAN QARD

Borang (Download)

Ciri-ciri Pembiayaan Qard
  • Patuh Syariah – Berasaskan konsep Qard Hasan, bebas riba dan tanpa unsur gharar.
  • Tanpa Keuntungan atau Faedah – Anggota hanya perlu membayar jumlah pokok tanpa caj tambahan.
  • Proses Mudah & Pantas – Permohonan yang ringkas dan kelulusan lebih cepat.
  • Tempoh Bayaran Fleksibel – Ansuran berdasarkan kemampuan anggota.
    Tujuan Pembiayaan – Untuk keperluan mendesak seperti pendidikan, kecemasan, atau kebajikan.
Syarat Kelayakan Pembiayaan Qard
  • Pembiayaan TANPA FAEDAH
  • Tempoh bayaran balik adalah 15 bulan
  • Maksimum pembiayaan adalah RM3000
  • Yuran proses RM100 akan ditolak dari jumlah pembiayaan Qard
Maklumat Pembiayaan
  • Pembiayaan atas barangan
  • Contoh: emas, perkakasan elektrik, komputer riba dll
  • Sediakan sebut harga/invois bagi barangan tersebut
Proses
  • Lengkapkan borang permohonan dengan jelas & tepat
  • Borang permohonan boleh dihantar melalui
    1. aplikasi ‘Whatsapp
    2. emel kppmptb@gmail.com
Kelulusan

Sebarang kelulusan atau penolakan akan dimaklumkan kepada pemohon.

Cara Pembiayaan Qard Berfungsi
  • Anggota mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pinjaman tanpa faedah.
  • Koperasi meluluskan jumlah pinjaman berdasarkan keperluan dan kelayakan pemohon.
  • Anggota menerima dana pembiayaan tanpa sebarang caj tambahan.
  • Anggota membayar balik jumlah pokok dalam tempoh yang dipersetujui tanpa keuntungan atau faedah.
Shopping Cart