Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]

WhatsApp

Sejarah Penubuhan CO-DIDIK

Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi.

Dalam erti kata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya.

Koperasi ditubuhkan pada tahun 1949 dan telah didaftarkan mengikut Seksyen 10 (3) Ordinan Koperasi – koperasi Bilangan 33 tahun 1948, dengan nama Sharikat Guru-guru Melayu Pahang Timor Bekerjasama Jimat Chermat dan Pinjaman dengan Tanggongan Berhad.

Kemudian ditukar nama kepada Syarikat Bekerjasama Guru-guru Melayu Pahang Timur, sebelum sekali lagi bertukar nama kepada Koperasi Guru Melayu Pahang Timur Berhad. Nama ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung pada 24 September 1988 dan didaftarkan di bawah Seksyen 10 (3) Akta Koperasi 1948.

Selepas lima tahun kemudian, koperasi sekali lagi bertukar nama kepada Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad melalui suatu pindaan Undang-undang Kecil pada 25 Mei 1949, yang didaftarkan di bawah Subseksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993

Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur beroperasi di 76, Jalan Bukit Ubi Kuantan pada peringkat awal. Selepas itu, bertukar ke No 79, Jalan Dato’ Wong Ah Jang, pada 2005 berpindah ke B-2, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25739 Kuantan dan berpindah ke B02-B16, Lorong IM 14/31, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang sehingga kini.

Pada 6 September 2022, nama Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur telah ditukar kepada Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad dengan singkatan nama CO-DIDIK. Kawasan operasi koperasi adalah meliputi semua daerah di dalam Negeri Pahang kecuali Cameron Highlands. Untuk rekod, anggota koperasi yang aktif sehingga tahun 2024 adalah seramai 4750 orang.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Anggota Lembaga Koperasi Co-Didik 2024 – 2025

PROFIL ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Encik Tan Bin Ibrahim

Pengurusi

Encik Halimi Bin Ghazali

Setiausaha

Encik Zainuddin bin Ahmad

Bendahari

Dato' Hj Mohamed Sabri bin Mohd Arsad

DIMP., DKSD., AMP., PKC.

Encik Jamil Haris Bin Abdul Rahim​

Anggota Lembaga Koperasi

Encik Mohd Nasri Bin Mat Akhir

Anggota Lembaga Koperasi

Encik Johari Bin Budin @ Mahasan

Anggota Lembaga Koperasi

 

Encik Jonaidi Bin Osman

Anggota Lembaga Koperasi

Puan Enieza Binti Azmani

Anggota Lembaga Koperasi

Unit Pengurusan

Encik Khairul Haiza bin Abdul Khalid

Pengurus

Puan Norsima binti Mahayiddin

Pegawai Pentadbir

Puan Fatin Munirah binti Mohd Radzi

Pengaturcara

Encik Mohd Izwan bin Abd Maulatif

Pembantu Tadbir (Pengurusan)

Encik Mohd Firdaus bin Padzil

Pembantu Tadbir (Pengurusan)

Cik Nurul Ain binti Mohd Aminudin

Pembantu Tadbir (Pemasaran)

Puan Nur Farahana binti Zainal Abidin

Pembantu Tadbir (Pemasaran)

Unit Kewangan

Puan Nur Humaira binti Hassan

Akauntan

Puan Nurul Fatihah binti Azizi

Pembantu Tadbir (Kewangan)

Cik Nur Suhaina binti Sabberi

Pembantu Tadbir (Kewangan)

Cik Nur Munirah binti Mustafa

Pembantu Tadbir (Kewangan)

Puan Engku Nabihah binti Engku Mohd Nazim

Pembantu Tadbir (Kewangan)

Visi & Misi

VISI

MISI

prinsip - prinsip co-didik

Co-Didik amat komited menguruskan Koperasi berteraskan prinsip-pinsip berikut

Keanggotaan sukarela dan terbuka

Kawalan demokratik oleh anggota

Penglibatan ekonomi oleh anggota

Autonomi dan kebebasan

Pendidikan, latihan dan maklumat

Kerjasama antara koperasi

Mengambil berat terhadap masyarakat

Matlamat co-didik

Pemerkasaan ekonomi koperasi

Perlindungan kebajikan anggota dan masyarakat

Peningkatan kecekapan pengurusan, pentadbiran dan jati diri anggota

Notis Privasi CO-DIDIK

Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (dikenali sebagai “CO-DIDIK” atau “kami”) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. Kami sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi yang kami kumpulkan dan proses mungkin merangkumi maklumat-maklumat berikut:-

  • Nama, Nama Majikan dan Jawatan Pekerjaan
  • Maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
  • Maklumat peribadi/kewangan seperti tarikh lahir, umur, nombor kad pengenalan, pendapatan bulanan dan sejarah pembiayaan

Memproses Data Peribadi

Data peribadi boleh diproses oleh kami dan/atau ejen sah untuk tujuan berikut:-

  • untuk berkomunikasi dengan anda
  • untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda
  • untuk menilai permohonan anda kepada CO-DIDIK bagi produk dan perkhidmatan kewangan
  • untuk memproses transaksi pembayaran
  • untuk menguruskan dan mengekalkan akaun dan kemudahan
  • untuk mengesahkan kedudukan kewangan menerusi pemeriksaan rujukan kredit
  • untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am
  • untuk melaksanakan aktiviti dalaman
  • untuk memenuhi keperluan pihak berwajib/keperluan perundangan/undang-undang yang termaktub
  • untuk aktiviti perbankan lain yang sah

Penyimpanan Data Peribadi

Kami akan hanya menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman CO-DIDIK. Jika data peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, kami akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda.

Perlindungan Data

Kami komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses dan tanpa kebenaran, kami sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik, dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain.

Kemaskini Data Peribadi

Kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami dapati daripada anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap atau bukan yang terkini.

Perubahan pada Notis Privasi ini

Notis Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada Mei 2021.

Kami mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menhantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Privasi Notis ini dari semasa

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, anda boleh pada bila-bila masa hubungi kami talian Hotline kami di 09 – 5156200 dengan memberikan nama penuh, nombor anggota atau nombor pengenalan untuk pengesahan diri.

 

Laporan Tahunan CO-DIDIK

Tahun Cover Download
2016 httpsco-didik.comwp-contentuploads202505MAT-76_compressed.pdf Laporan Tahunan CO-DIDIK 2016 [ Download ] (Saiz fail: 439MB)
2017 Untitled design (17) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2017 [ Download ] (Saiz fail: 26.10MB)
2018 Untitled design (16) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2018 [ Download ] (Saiz fail: 11.60MB)
2019 Untitled design (15) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2019 [ Download ] (Saiz fail: 6.01MB)
2020 Untitled design (12) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2020 [ Download ] (Saiz fail: 5.30MB)
2021 Untitled design (11) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2021 [ Download ] (Saiz fail: 25.20MB)
2022 Untitled design (13) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2022 [ Download ] (Saiz fail: 11.60MB)
2023 Untitled design (14) Laporan Tahunan CO-DIDIK 2023 [ Download ] (Saiz fail: 10.8MB)

Buku Undang-undang Kecil (UUK)

Bil Cover Download
1 httpsco-didik.comwp-contentuploads202505MAT-76_compressed.pdf BUKU UUK KPPMPTB [ Download ] (Saiz fail: 345KB)
2 Untitled design (17) PINDAAN UUK 2020 [ Download ] (Saiz fail: 156KB)
3 Untitled design (16) PINDAAN UUK 2022 [ Download ] (Saiz fail: 162KB)
Shopping Cart