Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]
Soalan Lazim
Galeri
PEMBIAYAAN TAWARRUQ SETIA
Pembiayaan Tawarruq Setia adalah salah satu produk pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan oleh Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO DIDIK) khusus untuk anggota setia yang telah lama berkhidmat dan mempunyai rekod keahlian yang baik.
Pembiayaan ini menggunakan konsep Tawarruq, yang membolehkan anggota mendapatkan tunai dengan cara patuh syariah.
INFO TENTANG PEMBIAYAAN TAWARRUQ SETIA
Ciri-ciri Pembiayaan Tawarruq Setia
- Patuh Syariah – Berasaskan kontrak Murabahah dan Tawarruq, bebas daripada unsur riba.
- Kadar Keuntungan Kompetitif – lebih rendah dan berpatutan berbanding institusi kewangan lain.
- Tempoh Pembayaran Fleksibel – Pilihan tempoh bayaran balik yang bersesuaian dengan keperluan anggota.
- Jumlah Pembiayaan Berpatutan – Jumlah pembiayaan yang ditawarkan mengikut kemampuan pemohon.
- Proses Permohonan Mudah & Pantas – Kelulusan lebih cepat bagi memudahkan anggota mendapatkan pembiayaan
Syarat Kelayakan Pembiayaan Tawarruq Setia
- Terbuka kepada semua anggota yang mempunyai jumlah modal yuran dan modal syer melebihi 70%
- Kadar Keuntungan diantara 3.5% – 6.5%
- Pembiayaan tidak melebihi RM100,000
- Tempoh bayaran balik tidak lebih dari 5 tahun
- Bayaran Proses RM50 akan dikenakan kepada anggota
Maklumat Pembiayaan
- Pembiayaan atas barangan
- Contoh: emas, perkakasan elektrik, komputer riba dll
- Sediakan sebut harga/invois bagi barangan tersebut
Proses
- Lengkapkan borang permohonan dengan jelas & tepat
- Borang permohonan boleh dihantar melalui
- aplikasi ‘Whatsapp’
- emel hradmin@codidik.com
Kelulusan
Sebarang kelulusan atau penolakan akan dimaklumkan kepada pemohon.
