Laman Web
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad [CO-DIDIK]
Soalan Lazim
Galeri
PENDAFTARAN
Keanggotaan Koperasi CoDidik Kini Dibuka kepada semua kakitangan tetap, pesara, serta individu yang menepati syarat keanggotaan. Sebagai koperasi yang berteraskan pembangunan pendidikan dan sokongan komuniti, CODidik komited untuk menyediakan pelbagai keistimewaan kepada ahlinya.
Antaranya termasuk penyelesaian pembiayaan patuh Syariah, skim perlindungan takaful, bantuan kebajikan, serta program-program khas untuk pembangunan sahsiah dan kesejahteraan ahli. Bersama CoDidik, kita membina komuniti yang lebih progresif, sejahtera dan berilmu.
KELAYAKAN ANGGOTA BARU
- Penjawat awam berstatus tetap & berkhidmat dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pengajian Tinggi
- Seluruh daerah dalam Negeri Pahang kecuali Cameron Highland
- Berbangsa Melayu dan beragama Islam
- Berumur 18 – 49 tahun sahaja
YURAN ANGGOTA
Syer Minima : RM 100.00
Yuran Bulanan : RM 30.00
Tabung Kebajikan Am : RM 50.00
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang permohonan Anggota baru boleh didapati di kaunter CO DIDIK atau muat turun disini.
- Sila lihat pada borang untuk mengetahui senarai dokument yang perlu dikepilkan
SEMAKAN STATUS KEANGGOTAAN
- Hubungi CO-DIDIK untuk semakan lanjut
KEMASKINI MAKLUMAT
- Jika terdapat perubahan maklumat peribadi, sila maklumkan kepada kami dengan segera
PENYATA
- Klik untuk semak penyata anggota
KEBAJIKAN & MANFAAT CO-DIDIK
Koperasi Pendidikan Melayu Pahang Berhad (CO-DIDIK) terus komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan anggotanya dengan menyediakan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan sosial, bantuan kewangan, serta ganjaran khas.
Proses tuntutan manfaat ini sangat mudah untuk diakses oleh kesemua 4,750 anggotanya di seluruh Negeri Pahang. Anggota boleh berhubung dengan pihak pengurusan CO-DIDIK melalui pelbagai platform diantarnya adalah:
- Serahan secara tangan di pejabat CO-DIDIK kuantan
- Melalui online di website CO-DIDIK
- Secara E-mail kepada pihak CO-DIDIK
Bagi memastikan komunikasi yang lancar dan berkesan antara pihak pengurusan CODIDIK dan anggotanya, CO-DIDIK komited dalam menyalurkan pelbagai cara dan platform komunikasi melalui gabungan pendekatan digital dan interaksi bersemuka. Langkah ini bagi memastikan setiap anggota sentiasa menerima informasi dan maklumat penting CO-DIDIK.
Diantara kaedah yang digunakan ialah:
Platform Digital & Media Sosial
- Laman Web Rasmi menyediakan maklumat terkini, borang permohonan, pengumuman, & berita.
- Media Sosial (Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram) – Saluran pantas untuk berkongsi berita, aktiviti, dan peringatan penting.
- Email & E Newsletter – Menghantar buletin berkala dengan informasi terkini tentang manfaat, mesyuarat, dan program koperasi.
Komunikasi Langsung dengan Anggota
- Talian Hotline anggota boleh menghubungi koperasi secara terus untuk pertanyaan atau bantuan.
- Kaunter perkhidmatan di Pejabat Co-didik untuk memudahkan urusan ahli.
- SMS & WhatsApp Blaster – Menghantar mesej berkala mengenai maklumat penting atau peringatan bayaran/pembayaran.
Program & Aktiviti Bersemuka
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) – Platform utama untuk berkomunikasi secara langsung dengan ahli dan mengemas kini perkembangan koperasi.
- Seminar, Bengkel & Hari Koperasi – Aktiviti yang membolehkan koperasi berinteraksi dengan ahli serta memberikan latihan dan pendedahan.
- Program Anugerah & Penghargaan – Meraikan ahli setia dan aktif sebagai tanda penghargaan serta mengekalkan hubungan erat.
Aplikasi & Sistem Keahlian
Aplikasi Mudah Alih – Jika ada, membolehkan ahli mengakses maklumat keahlian, manfaat, dan transaksi secara mudah.
Sistem Keahlian Online – Portal keahlian di mana ahli boleh mengemas kini maklumat peribadi, menyemak status keahlian, dan membuat tuntutan manfaat secara dalam talian.
Senarai manfaat yang dapat dinikmati oleh kesemua anggota
